Negara kelahiran saya melalui sejarah besarnya hari ini apabila Halimah Yaacob secara rasmi merupakan Presiden baru Singapura. Beberapa perihal menarik terkait dengan sejarah ini,  beliau adalah Presiden ke-8 ~ Presiden wanita pertama ~ Presiden Melayu kedua selepas Yusof Ishak ~ Menetap di flat HDB Yishun dan merupakan ahli Parlimen GRC Jurong. Syabas Puan Presiden. 

Comments

Anonymous said…
Meskipun Presiden tidak punya kuasa eksekutif, sekurang-kurangnya seorang wanita Melayu Islam diangkat menerajui negara kota itu. Tidak semudah tanggapan umum untuk menjadi Presiden, dilihat dari sudut latar pendidikan dan pengalaman kepemimpinannya, saya kira kita semua harus memberi hormat dan sanjungan kepada beliau. Sedikit sebanyak beliau masih boleh bersuara kepada kerajaannya demi kepentingan umum.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Moga moga Puan Presiden dapat memanfaatkannya, Insya-Allah.
Terima kasih.