Masih dengan cerita korban. Semasa meladeni Mak yang demam, kami berjanji untuk mula menabung bagi korban tahun depan. Satu hari RM2.00 selama setahun dari sekarang. Bunyinya kami seperti anak kecil yang seronok mahu mengumpul duit bagi mendapatkan sesuatu yang diimpikan. Subhanallah, mata Mak yang kelabu jernih seperti bintang yang cantik cuba untuk menyatakan sesuatu. Saya tahu saat itulah kebahagiaan menyertai sukma kami. Dan saya mahu menangis sebenarnya, separuh mengelus garis-garis halus di tangan Mak dan sebahagiannya lagi berdoa sungguh-sungguh tabungan kami penuh menuju Idul Adha tahun 1439, insya-Allah.
Comments
Sangat membahagiakan dan bersyukur atas kebersamaan ini. Insya-Allah tabungan kita penuh untuk korban tahun mendatang. Insya-Allah. Terima kasih.
puan masih punya bunda untuk berkongsi kasih dan cerita
kehidupan. Moga niat baik puan dan bunda diberikan
kemudahan dan direalisasikan untuk kebaikan sejagat.Saya
juga nekad dan berniat, in sha Allah, mudah2an saya juga diberikan
kemudahan untuk menabung dan menjalani ibadah korban.
Aamiin ya Allah.
Terima kasih. Insya-Allah hasrat yang tulus dituntun-Nya.