Hampir setiap semester kuliah saya bermula yang paling awal iaitu jam 8 dan ia mengambil masa selama dua jam. Saya berusaha sedaya mungkin untuk berdiri tepat waktu di hadapan kelas, meraikan mahasiswa, meraikan ilmu. Namun antara kekangannya adalah mahasiswa saya yang sering lewat kerana faktor bas kampus atau mereka sendiri yang terlewat. Pagi ini ada mahasiswa yang menyerah diri mengakui tidak hadir kuliah kerana terlewat bangun, hampir jam kuliah berakhir. Subhanallah. Soalan pertama saya Sdr sudah solah Fajr? Jam berapa Sdr masuk tidur malam tadi? Matanya yang mula penuh air, saya singgah antara cerita dengan separuh menasihati. Cerita saya tentang AM yang sering saya beritahu, meninggalkan solah bermakna kita menempah nama di pintu neraka. Antara ketakutan akan azab api yang menjulang,  juga harus selalu direnung apa rahasia solah yang difardhukan. Mudah mudahan ia pesan yang mengasuhnya menuju tahun baru esok. Mudah-mudahan azamnya  bangun  awal untuk solah dan bukan semata untuk hadir kuliah. Insya-Allah. 


Si cantik ini saya rakam dari bahu jalan masuk ke fakulti kami. 
Selamat tahun baru 1439.

Comments

Anonymous said…
Sdr seorang pendidik bukan sahaja seorang pensyarah. Tidak semua pensyarah menyedari peranan mereka lebih mendidik daripada bersyarah. Bukan sekedar kata, nasihat, peringatan dan teguran malah perbuatan yang ada kala perlu ditunjuk dan dipamer. Bukan untuk beriak tetapi untuk menggamit supaya menuruti segala yang menuntun jalan menuju syurga. Tidak ramai pendidik yang saya temui melainkan yang suka bersyarah, berbicara dan mengulang-ulang teori orang lain tanpa analisis yang mencabar.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas perhatiannya. Mudah mudahan. Insya-Allah.
Anonymous said…
Terima kasih atas curahan ilmu sewaktu waktu dahulu. Semoga dr. mawar tabah dan terus sukses dalam menghadapi cabaran sebagai pendidik.