Ustaz Dhuha kami menjelaskan tiga alasan lazim seseorang tidak melakukan qurban. Pertama, menganggap ia tidak diwajibkan; sedang ibadah qurban bukan hanya tersandar pada isu fiqh, ia turut terkait dengan mauduk tasawuf atau akhlak. Kedua, qurban tidak perlu dilakukan setiap tahun; usahlah berkira-kira dengan Allah; usahlah bercatu-catu dalam urusan ibadah, sedang Allah terus memberi tanpa kita harus meminta-minta. Ketiga, kekangan kewangan yang sebenarnya dapat diatasi awal dengan mengurus tabungan bagi membolehkan qurban dilakukan tanpa rasa tertekan. Lebih dasar daripada itu perihal qurban membentuk diri kita menjadi lebih bertaqwa (al Haj: 37). Qurban yang dijalankan menjadikan kita lebih baik. Ia bukan sahaja soal berkorban, penyembelihan atau agihan daging haiwan kepada faqir. Qurban membawa kita ke jalan taat.
Comments
Saya lebih lebihlah lagi.
Terima kasih.