Tak 'kan dilupa yang ini 

Ternyata saya semakin pelupa. Pernah saya tertinggal pesawat kerana terlupa (atau lalai). Saya pernah terlupa acara rasmi yang saya berjanji untuk hadir. Saya pernah terlupa (atau lalai lagi) kuliah hujung minggu. Sering terlupa bagaimana saya harus berwatak dengan seseorang di hadapan saya. Sama ada saya harus berdiri sebagai sahabat yang tidak banyak pantang larang atau saya bukan menjadi diri saya yang sebenarnya. Saya pernah terlupa bahawa saya tidak harus berjauh hati dengan ketua yang saya harus hormati di tempat kerja. Ya, begitu juga di rumah. Saya kerap terlupa bahawa AM masih anak yang perlu difahami. Saya tidak jarang memohon maaf daripada Z apabila saya terlupa kedudukan saya. Begitu saya lupa menutup suis. Saya lupa memadam api dapur. Saya terlupa merapatkan pintu  almari dan laci kembali. Dan saya lupa banyak yang lain lagi. Dan, ya, ternyata saya semakin tua. 

Comments

Anonymous said…
Kalau sdr merasakan sdr pelupa, apatah lagi saya yang sudah tua. Seringkali juga saya terlupa sesuatu sehingga mengguris hati orang lain. Walaupun berkali meminta maaf, kemaafan hanya diberikan setelah segalanya mereda. Hakikatnya saya memang sudah jadi pelupa.
Mawar said…
Sdr Anonymous,
Nampaknya kita sama sama tua dan pelupa.