Sudah berapa kali saya menjalani laluan ini. Ia sangat sepi dan kosong. Banyak pula tidak ditemukan sebarang bujukan bahawa ini sebenarnya adalah jalur menuju Allah. Ya, tidak ada pemimpin di tempat saya bekerja mengajukan apa yang kita lalui saban hari ini adalah lakuan paling dicinta untuk Allah. Usai meninggalkan ruang bercakap soal tuntutan kerja yang bernyala-nyala, saya mahu segera memujuk kesedihan sendiri dengan menyambung bacaan surah. Saat yang sama teman dari jurus agama berdenting-denting mengiklan kerja penerbitan dan sebutan-sebutan. Saya tiba-tiba bertukar menjadi si unggas kecil yang sangat keliru dan tidak tahu mahu hinggap di mana lagi. Ya, terus wilayah kami menjadi sangat sepi dan kosong sekali. 

Comments

Anonymous said…
Bukan tidak sering kita menjadi sepi di tengah keriuhan. Membawa getar rasa sendiri yang lelah dengan pelbagai tekanan. Hingga ada ketikanya sukar sekali berbicara walau dengan teman sukma. Namun kita tahu yang ada dalam jiwa, walau jauh dari nyata.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mungkin ini juga jalan asuhan untuk saya menuju negeri sunyi.