Semakin kita menuju hari besar Zulhijjah. Kian kita mahu membenarkan apa yang dimaksudkan dengan pengorbanan. Saya memetik baris Sister Yasmin Mogahed, apa yang dikorbankan sebenarnya adalah ikatan. Seperti Nabi Allah Ibrahim yang diminta mengorbankan puteranya, bukanlah sebenar leher Ismail yang menjadi sasaran. Apa yang mahu dirungkai adalah ikatan. Apa yang mahu direngkuh adalah pembebasan akan sesuatu yang sangat dicintai. Subhanallah. Saya sedang belajar akan perihal melerai, merungkai, membebaskan ikatan yang beberapa waktu ini dengannya saya jadi menggenap, bahkan berpaut dan larut. Ternyata jauh sekali jalan saya menjadi pintar.

Comments

Anonymous said…
Benar sekali tamsilan Sdr. Zulhijjah menguji kita untuk merungkai ikatan dunia yang bersemayam dalam sukma yang sentiasa menambat daripada kebebasan azam mewaqaf diri untuk Tuhan dan makhlukNya. Itu keterbatasan yang saya dapat ta'akulinya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas singgahannya.