Saya membaca sebuah perenungan yang menghampiri rangkap puisi kerana keindahan perlambangan dan tataan bahasanya (asli Inggeris). Antaranya berbunyi,  kita ini seperti seorang yang hilang arah dalam belantara yang tidak diketahui mana pangkal dan jalan hujungnya kerana semua pohon yang berbaris begitu persis sehingga kita menjadi sangat keliru. Kita tidak ada sebarang pemilikan, apalagi sandaran; yang berdiri bersama-sama kita ketika itu hanyalah harapan. Ya, kita mahu diselamatkan daripada ketakutan kesendirian. Saat itu tidak ada yang dapat melindungi selain perasaan memiliki kasih sayang Sang Penyelamat. Detik itu munculnya harapan dan rasa betapa syukurnya apabila memiliki.  Sesungguhnya tiada upaya melainkan dengan Penyelamatan ini. Lindungi saya.

Comments

Anonymous said…
Adakalanya kita boleh kehilangan arah dan terdampar dalam belantara hanya kerana serangkai kata atau sekilas renung. Namun dari satu sisi adakalanya dalam belantaralah kita peroleh segugus tenang untuk mena'akul dengan dalam tentang hidup yang penuh dengan pelbagai dan cabarannya. Dengan ketenangan dan kebijaksanaan sahaja kita tersuluh menemui jalan keluar.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Mudah mudahan kita selalu dituntun jalan keluar. Insya-Allah.