Prof A Latiff

Kalau ditanya perkataan yang paling saya junjung selain memberi, ia adalah rendah hati. Saya sangat senang mengenal susuk yang walau dia terhormat, walau dia berusia, walau dia punya segalanya, namun dia punya kerendahan hati. Senang sekali. Dan pasti bukan saya sahaja yang berasa aman dapat duduk dan mendengar kisahnya. Dan tidak pula dengan semua orang yang punya segalanya, dapat kita berbahagi perasaan sebegitu. Ini kisah yang membijaksana dan melentur keluhuran.


Comments

Anonymous said…
Bidalan Melayu ada menyebutkan, ular menyusur akar tidak sirna bisanya. Tokoh yang tersanjung ini tentunya berpegang kepada keyakinan bahawa segala yang dimiliki hanyalah pinjaman daripada yang Maha Memiliki. Namun tidak ramai yang bersandar kepada asuhan tersebut. Semoga sdr adalah sosok terasuh yang menjadi acuan kepada sarjana yang lain seperti Prof Emeritus Dr A Latiff
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Insya-Allah. Mudah mudahan Allah bantu bersihkan hati menjauhi keangkuhan.