Dua  Zulhijjah, yang menurut Ustaz, ini adalah peluang kedua sepuluh hari selepas kesempatan sepuluh malam dalam Ramadhan lalu yang mungkin dibazirkan. Subhanallah. Saya mencongak-congak apa yang luar biasa harus saya lakukan sepanjang sepuluh hari istimewa ini. Seperti di fakulti dan kampus kami yang giat bersiap meraikan kedatangan mahasiswa baru hujung minggu ini, begitulah bernyala-nyala juga iltizam Zulhijjah kita. Sekali lagi bukan perihal 700 kali ganda hadiah yang mahu diraih, tapi bagaimana jalan Zulhijjah ini mahu ditempuh dengan indah. Saya terus mencongak dan membilang seraya memaknakan berhujungnya langit petang.

Comments

Anonymous said…
Satu lagi detik besar yang menyedia wahana pembinaan peribadi dan ummah. Wahana pengorbanan, kepedulian, ketaatan dan ketakwaan. Zulhijjah yang menggamit penuh kemesraan namun ramai yang tidak menghirau. Semoga Zulhijjah kali ini, lebih bererti kerana perjalanan ini dirasakan semakin menghampiri destinasi pelabohan ke laman abadi. Justeru, usah dipersia.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Saya sebak.