Mahu terus dalam rangkulan Ramadhan. Maka ada yang sedang meneruskan puasa Syawal. Dengan kecintaan yang menyala-nyala, masih yang meneruskan bacaan dan tadabbur surah suci malah menjunjungnya dengan erti dan tafsiran yang terkait dengan pertelingkahan dalam diri. Subhanallah. Sangat mencintai malam al Qadr, hingga sepertiga malam masih dihidupkan dengan solah dan zikrullah. Mengingati Ramadhan adalah memberi, ada yang sudah mengatur rencana menyantuni si murba lagi. Allah ya Allah. Apa yang sudah saya perbuat sepanjang seminggu Syawal ini. Apa hadiah Syawal setelah sekian bulan kononnya saya berjuang?

Comments

Anonymous said…
Buat sdr yang sentiasa memurba dan mendebukan diri pada hadhrat Tuhan, saya sering menebak ketundukan sdr untuk terus mengabdi. Kemurbaan dan kedebuan sdr adalah tanda syukur terhadap segala nikmat yang Tuhan anugerah dan diperkukuh pengertian makna Al-Quran yang ditadabbur berterusan melewati Ramadhan. Syukur dengan anugerah ulil-albab kepada sdr yang terus menjadi ikutan
Mawar said…
Sdr Anonymous
Kepada Allah saya bersujud dan berserah. Rahmat-Nya buat Sdr. Terima kasih.