Banyak cara Allah mahu mengasuh hati kita yang masih belum bersih bersih. Antaranya dengan dibawakan pancingan yang berupa hasutan, godaan mahupun sanjungan; saat diyakini kita sangat tulus. Dalam kita berdukacita, kecewa atau bungkam dengan jurus pandang orang lain terhadap ketulusan tadi, Allah membawa cahaya menuntun kesedaran. Ia merupakan kaedah mensaksamakan kembali antara niat dengan amal. Ya, di situlah kantung keikhlasan ditimbang. Dan, ternyata benar, memang sukar sekali untuk mengharungi jalan berikhlas hati. Ia tidak jarang membawa kita berdiri lama di tikungan atau pun paling tidak  kembali membawa kita mencongak congak akan apa yang sudah kita perbuat. Justeru takdir yang indah,  dibawakan dia doa ini: doa cahaya untuk kalbu. Cahaya di langit. Cahaya rahmah. Cahaya hikmah.

Comments

Anonymous said…
Selagi kita berpijak di atas tanah bumi ini, banyak ujian yang dihadapi. Baik kecil atau besar, senang atau susah, duka atau ria, tinggi atau rendah darjahnya. Paling utama adalah kita dengan sedar menginsafi bahawa semuanya adalah ujian daripada ALlah. Pastinya setiap ujian itu, mampu sahaja direntangi seandai kita terus berpegang kepada petunjuk, pesan, janji dan kasih sayangNya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas dukungan ini.