Saya
Ramadhan kedua puluh satu. Beginilah, seperti dalam foto masyhur ini, saya membentangkan diri untuk sepuluh malam terakhir ini. Dengan lelah saya cuba mengamankan hati. Dengan debu yang menyeret, saya pertaruhkan apa yang ada. Subhanallah. Siapalah saya untuk dikurnia malam seribu bulan. Di mana-mana, beberapa hari ini banyak yang menghitung angka 83 tahun. Saya sangat lemah dalam kira-kira sejak sekolah hingga sekarang. Namun, saya fikir saya mengambil keputusan untuk tidak mahu banyak membilang angka atau mendarab dengan sifir yang memadam keikhlasan atau melemaskan saya dalam gelombang harapan yang datang dan pergi. Biar saya mohon terus Maghfirah dan Rahmah-Nya. Saya sangat yakini betapa Pengasih-Nya Dia.

Comments

Anonymous said…
Benar. Foto ini begitu masyhur kerana makna yang terungkap di tengah debu yang merangkulnya. Namun terpapar jua rangkulan kasih Yang Maha Pengasih atas ketabahan pada wajahnya. Benar juga, usah berkira-kira dalam memohon rahmah dan maghfirahNya. Itu adalah urusanNya bukan urusan kita. Tugas hamba hanyalah mengharap dan merintih akan harum dan wangi kasih sayangNya
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih sedalamnya atas perhatian ini. Saya berasa diiringi dalam debu yang mengepung. Ya, debu yang turut merangkul. Allah ya Allah.