Ramadhan kesebelas. Memasuki himpunan sepuluh yang kedua ini, setulusnya, kita mahu mendapat pengampunan atas setiap khilaf dan pelanggaran. Seperti pohon sahabat saya, mahu dirinya seputih kain polos saat dilahirkan ibu yang mulia. Subhanallah. Alangkah hari ini merupakan tanggal kelahiran, alangkah bersihnya diri. Betapa indahnya langkah pertama untuk memulakan hari baru. Banyak yang boleh dirancang dan dilaksanakan sebaiknya. Alangkah hari ini merupakan tarikh ulangtahun kelahiran, memasuki takat maghfirah Ramadhan al Mubarak, mudah mudahan diampuni dan dikasihani dan menikmati jalan takdir selanjutnya dengan penuh pengharapan dan segenap penyerahan. 

Comments

Anonymous said…
Subhanallah .. Betapa perjalanan ini harus direntas dengan kesedaran. Usia yang bertambah bermakna kita semakin dekat dengan labohan yang menjadi destinasi. Alangkah bahagia kerana sentiasa ada yang mengingatkan pelayaran di laut jawi ini semakin menghampiri labohan
Mawar said…
Sdr Anonymous
Mudah mudahan umur yang taat. Terima kasih perhatiannya.