Memujuk

Ramadhan 14. Subhanallah. Kita hampir berada di separuh bulan mulia ini. Sekali lagi, apa yang sudah kita perbuat. Adakah kita sudah melakukan yang terbaik atau Ramadhan kali ini sama sahaja berbanding tahun sudah. Allah ya Allah. Segenap penyerahan, mudah mudahan Allah menjawabnya. Apa lagi saat kita diuji dengan sakit dalam bulan Ramadhan ini. Ya, batuk saya masih keras sejak Ramadhan bermula walau tidak sedikit ais pun yang saya ambil. Ternyata dalam ketidakupaya, masih juga rasa dikasihi. Betapa Allah Mengasihi untuk saya jadi lebih sabar dan bersyukur. Ya, ada yang diuji dengan kesihatan dalam musim panas ini namun masih berselang hujan petang. Dalam panas dan hujan yang mencipta bunga, kesidang dan kemboja kami rancak di taman. Ya, pintar sekali mereka memujuk yang sakit. Syafakallah. 

Comments

Anonymous said…
Setiap orang diuji dalam kelebihan Ramadhan. Ada yang diuji dengan soal kesihatan, ada diuji dengan soal masa untuk menelaah Al-Quran, ada diuji dengan kemakmuran dan kesediaan
menginfaq dan berbahagi. Ada juga yang diuji dengan hikmah usia dewasa bagaimana menegur seseorang yang dianggap ilmuwan tetapi dengan angkuh menghina insan seagama. Saya diuji dengan kilasan pemikiran "Ya ALlah, agaknya orang ini hanya akan insaf seandainya Tuhanku menghukumnya dengan segera"
Mawar said…
Sdr Anonymous
"Bukankah Allah Hakim yang paling Adil?" (at Tiin: 8)