Syukur sekali saya mempunyai seorang suri teladan dalam perihal memberi. Saya menyitir akan falsafah memberinya, bahawa apa yang diberi itu sama sekali bukan miliknya. Apa yang diberi itu adalah milik yang menerima. Dia hanya sebagai tukang simpan, menunggu detik yang ditakdirkan sejak azali untuk saat penyerahan. Ternyata baginya tidak ada sebarang pemilikan. Saya tahu, itu antara keharuan setiap kali saya mengenangnya. Allah ya Allah.

Comments

Anonymous said…
Manis dan murni sungguh hatinya...suri teladan untuk kita semua..
Mawar said…
Sdr Anonymous
Sesungguhnya.
Anonymous said…
Beruntung benar bagi yang dianugerahi kepasrahan yang sedemikian. Benar, insan mulia itu telah menemui erti kemuliaan yang seutuhnya. Allah memilihnya dan beruntung benar dia. Bagaimana saya juga harus mencapai tahap sedemikian, iaitu dunia ini hanyalah padang yang berdebu dan akhiratlah tempat bersemadi dengan penuh kebahagiaan.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ya, hanya jika saya dapat dikembalikan untuk saya terus memberi - seru mereka dari sana.
Terima kasih atas perhatian Sdr.