Saya senang sekali untuk mengetahui persediaan sahabat bagi menjalani Ramadhan yang menjelang dekat. Seperti juga menjadi hujjaj, persiapannya bertahun. Rutinitas mukmin tidak mungkin dapat berdiri dengan amalan sehari dua, seminggu dua. Ia harus tumbuh perlahan-lahan, alami, dicintai, tekal dan diyakini. Subhanallah. Belum terlewat seminggu ini, dibersihkan hati, dilapangkan fikiran untuk Ramadhan. Seorang sahabat yang mahu mengemas rumah, dan ternyata ia jauh lebih mengesankan daripada saat menyambut Syawal. Dia akan mengemas rumah dalamannya juga. Subhanallah. Ini entri pengiraan detik menjelang 1 Ramadhan minggu hadapan. Insya-Allah saya akan susuli lagi dengan amalan sahabat lain.
Comments
Hyperbole debu. Saya juga selalu mohon dibersihkan hati ini.
Ya, tamsilan itu pasti sahaja membawa kesan cinta, rindu, indah dan tak mungkin terlupakan.