Mendekati jendela ruang kerja
(yang jarang saya pajangkan di sini)

Saya sudah kembali ke ruang kerja, namun masih tidak sepenuhnya ke jadual rutinitas kerana akan berpergian lagi dan lagi. Jadi banyak persiapan yang harus dirapikan. Subhanallah. Saya sempat menunggu si Putih di tepi tingkap barang sebentar namun kelihatannya dia bersembunyi entah di mana. Saya seperti selalu, masih rindu dan mengharap. Seraya masih menantinya, saya mencongak-congak Ramadhan yang penuh nikmat, yang dinanti-nanti sekian masa. Beberapa kali saya berkira-kira apa persediaan meraikan kehadirannya tahun ini. Mudah-mudahan kita diberikan kesempatan lagi bagi menjadikan Ramadhan kali ini yang paling bermakna. Insya-Allah. Apa persiapan Sdr, silalah berbahagi.

Comments

Anonymous said…
Peringatan ini merupakan sentapan buat saya. Pada usia tua ini pun saya tidak banyak persiapan menjelang Ramadhan sekadar meneruskan kehidupan sibuk yang dihambat dunia. Astaghfirullah alAdziim. Membaca Al-Quran pun barangkali kerana itulah kelaziman tanpa penghayatan sehinggakan surah yang sedang dibaca pun tidak dapat diingati tanpa menyemaknya semula. Tuntunan dan didikan saudara sungguh mengesan dan menginsafkan. Terima kasih setingginya.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Subhanallah. Kita saling menuntun, insya-Allah. Terima kasih sedalamnya.
Anonymous said…
Mohon moga ramadan ini saya boleh dan istiqomah 'menjadi insan yang baik'. Baik zahir.Baik batin. Aamin Ya Allah
Mawar said…
Sdr Anonymous
Insya-Allah. Aamiin.