Masih dengan nada menghitung detik 1 Ramadhan. Di samping perihal al-Qur'an dengan dekat dengan Allah, bagaimana jika suatu hari dalam seminggu ini Sdr didatangi Malaikat? Aneh. Bukankah Malaikat akan selalu berada di samping, bagi yang benar-benar meyakini paksi keimanan bahawa sebenarnya kita tidak sendiri. Pernah seorang teman berkata begini, Malaikat adalah sahabat yang selalu ada. Subhanallah. Ya, bagaimana jika dalam seminggu saat menanti Ramadhan ini, Sdr didatangi sang Malaikat dalam wajah seorang lelaki tua. Tiba-tiba dia datang dengan tuntunan kata tentang kesempurnaan ubudiah. Tentang mengenal Allah. Subhanallah. Bukankah ini yang sarat bertelingkah dalam kalbu saya bahawa Allah itu sama sekali bersalahan dengan semua yang baru. Allah ya Allah. Saya teringat ketika menjadi hujjaj, Malaikat selalu kita jumpa di Multazam atau Raudah, memberi ruang sujud mahupun berdoa. Saya sangat sebak, dalam menghitung detik 1 Ramadhan kali ini, saya dipandu seorang lelaki tua perihal betapa Allah itu Maha Mentadbir.
Comments