Senja
yang dititip dari selatan

Semalam saat menuju senja, saya seperti mahu berlari menuju ke pintu rumah Rasulullah. Dalam dada yang lelah dan sebak yang banyak, saya tahu hanya di sana saya dapat menumpahkan segalanya. Ya, segala-galanya. Betapa saya kacau dengan kepura-puraan. Saya galau dengan muslihat bersahabat. Hampir tidak ditemukan bahawa yang saya ini diterima tanpa apa jua syarat. Segalanya sangat membuncah. Dan akhirnya apa ya saudara, saya memilih untuk bersujud lama. Ya, sekali lagi itulah titik yang paling penuh, paling seluruh, tatkala kasih sayang yang merangkul saya dalam seribu tulus. Berkali-kali saya mengulang antara baris az Zumar tentang menjadi hamba-Nya dengan penuh ketaatan. Atau adakah setiap dusta atau dalih yang saya jumpa adalah isyarat terhadap betapa kerapuhan saya sendiri...

Comments

Anonymous said…
Subhanallah.. Betapa beruntungnya saudara yang dianugerahi Allah dengan kesedaran untuk sentiasa bermuhasabah dan berasa bersalah. Allah sedang menanti saat untuk menganugerahi jalan keluar daripada kemelut kesedaran kerapuhan dan pertembungan. Semoga Allah terus mengasihi
Mawar said…
Sdr Anonymous
Allah ya Allah. Tugas saya setiap hari untuk membersihkan hati. Rutinitas.