Sejak dulu, antara guru agama yang saya senang ikuti bicaranya adalah Ustaz Roslan Mohamed. Alhamdulillah, semalam mengikuti kuliah dhuhanya lagi secara langsung. Merujuk bukunya, Akhirat First (walaupun saya kurang senang dengan judul popular sebegini), beliau membahaskan antaranya tentang kita sebagai pendosa. Allah ya Allah. Sehingga ada ulama mencipta slogan, dosa adalah kawan manusia; dosa adalah musuh orang beriman. Dan dosa disusuli dengan pertaubatan. Syarat bertaubat adalah: berazam untuk tidak mengulang; membuang akar kejahatan dan diikuti penyesalan. Di situlah terletak manisnya hidup, iaitu melalui jalan pertaubatan. Saya mahu segera menyelak bab Taubat dalam Ihya', dan menekuninya; kerja rumah yang diberikan Ustaz Roslan. Saya pasti tangan saya akan terketar-ketar saat menyelak halaman al Ghazali itu.
Comments
Mudah mudahan Allah ampuni apa yang kita terlupa dan apa yang kita tidak tahu. Mudah mudahan dibersihkan hati kita pada setiap "pelanggaran". Aamiin.