Seharusnya saya menuju Selatan minggu ini. Dan setiap kali ke pangkuannya, pasti saya mahu selalu memasuki lorong dan jalan yang pernah saya jejaki waktu kecil. Selain Arab Street dan Bukit Timah, adalah kawasan bersejarah buat saya di sepanjang laluan KK. Bertemu dengan wajah Melayu Temasek di sepanjang dan simpang jalan, sering menjelmakan susuk yang tersendiri. Begitu tanggapan saya sejak dulu.
Temasek ditinggalkan sekejap minggu sudah dan saya akan ziarahi lagi. Insya-Allah. Membelah malam di Tambak Johor membawakan angin dan lagu lama yang enak sekali. Ya, ia antara lagu kumpulan koir kami sewaktu di sekolah rendah, Tanjong Katong airnya biru, tempat mandi nak dara jelita, sama sekampung hai sedang dirindu, inikan lagi, hai jauh di mata...
Tona yang melankolia |

Comments
Sdr juga mudik ke Selatan? Dirahmati perjalanannya ke ranah bunda.