Saya merapikan isi takwim di telefon tangan, bacaan al-Qur'an saya merentas tiga surah, ar Rum, al Luqman dan as Sajdah. Allah ya Allah. Surah-surah yang tidak berapa panjang. Saya teruja untuk memulakan Al Ahzab. Mahu menyertai bacaan orang soleh. Mahu sama-sama memaknakan baris tafsirnya juga. Saya tidak mahu ditinggalkan jauh, namun saya tidak diajar untuk tergesa-gesa dalam membaca al-Qur'an. Harus selalu tenang dan sangat menghormati. Bukankah sudah sangat sering saya bertemu dengan tepat saat Allah berbicara dengan saya menerusi ayat dan halaman surah-Nya. Saat saya memerlukan jawapan. Saat saya tidak tahu mana arah yang harus saya pertimbangkan. Dan ia akan membuat saya menangis sungguh-sungguh betapa bicara itu adalah dalil Allah sentiasa Mengetahui sebarang lintasan di kalbu. Allah ya Allah. Bagaimanakah jika Allah meninggalkan. Pastinya perih, pedih dengan seluruh pautan kasih yang hilang. Sangat malang. Foto rakaman senja ini, mengheret saya memasuki wilayah yang sarat teka tekinya. Namun mudah mudahan saya menemui tiap satu sahutan menerusi surah suci-Nya selepas ini.
Comments
Ini antara jalan penyerahan saya.
Terima kasih atas perhatiannya.
Insya-Allah. Betapa irinya saya dengan kemudaan. Alangkah saya dapat mengulang dan melaluinya dengan lebih baik. Ya, benar. Raikan, manfaatkan.