Foto yang terus berulang: Si debu yang berterbangan

Allah ya Allah. Sangat benar, al Qur'an itu akan menjadi sahabat apabila kita mendekat. Ia sekali lagi menjadi petunjuk, huda yang menuding arah saat saya berada di tikungan yang luar biasa dalam menuntut sebuah pertimbangan. Waktu dini, menyudahkan az Zumar, saya menyelak surah baru, al Ghafir, surah Pengampunan. Allah ya Allah. Membawa dada yang sarat bertelingkah, masih, tangan tua saya terketar ketika tiba di baris ini, Ya Tuhan kami, rahmat dan ilmu yang ada pada-Mu meliputi segala sesuatu maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan (agama-Mu) dan peliharalah  mereka daripada azab api neraka (al Ghafir: 7). Saya melihat debu yang berterbangan, saya melihat diri sendiri....

Comments

Anonymous said…
Allahu akbar.. Tulisan saudara sentiasa menuntun ke jalan redha. Walaupun jauh dari nyata, walaupun tiada siapa yang mengerti tetapi Allah sentiasa ada yang memandang dengan rasa kasih sayang yang tidak pernah pudar kepada hambaNya yang lemah dan kehilangan daya, justeru keliru yang tidak bernoktah. Terima kasih kerana terus memberi izin untuk singgah berteduh dengan ilmu saudara yang diberkahi.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Mudah mudahan Allah menuntun terus. Insya-Allah.