FASeH 2017 merupakan himpunan rencana pendek penyelidikan yang dijalankan di fakulti tempat saya bekerja, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan. Foto yang dirakam Vivien, teman sefakulti saya ini, sangat memukau. Saya senang dengan ramah senyum Mohammad Zan, lapan tahun dari perkampungan Chuweh 2, Belum, Gerik. Sebuah tulisan saya Becoming Young Writers, antara yang dimuatkan. Saya difahamkan harganya RM30, boleh didapatkan dari Sekretariat Penyelidikan di fakulti. Saya menyelak helaiannya, banyak yang mengilhamkan.

Comments

Unknown said…
Saya pernah menulis artikel kecil mengenai Kampung Chuweh ini dan disiarkan dalam akhbar tempatan. Saya juga melakar bagaimana hubungan akrab seorang staf pelaksana UKM dengan masyarakat asal itu, sehingga beliau dirujuk dan dihormati pandangannya oleh Tok Batin di situ. Persoalan terakhir saya dalam artikel itu ialah apakah komuniti kecil berkenaan harus dibiarkan begitu dengan status quo nya sebagai langkah memastikan pelancong terus hadir menyaksikan keterbelakangan mereka?
Mawar said…
Tuan Abd Razak Hussin
Terima kasih. Saya sangat berbesar hati atas kunjungan dan catatan ini. Ya, saya ada membaca tulisan di pojok Tuan itu. Pertelingkahan juga dalam melihat kedudukan mereka; antara tikungan meraikan kemanusiaan dengan sebuah eksploitasi - maaf, saya belum jumpa kata Melayunya yang persis.