Titipan foto dari jauh
Terima kasih


Don't get attached to moment. Good or bad, they all pass
- Yasmin Mogahed -

Saya pernah memberitahu mahasiswa. Dan sering juga saya berbisik ke telinga dan kalbu sendiri. Semuanya akan berlalu. Kita bertemu, berbahagia dengannya dan bersedialah kita untuk tidak bersama-sama dengannya lagi. Bukankah itu erti dunia. Segalanya sementara. Segalanya semu. Mirage. Logamaya. Fatamorgana. Dan kita masih mahu bertahan? Dan kita masih mahu membantah? Allah ya Allah.


Comments

Anonymous said…
Catatan saudara amat menyentuh sukma. Ini membawa saya ke pelantar takdir bahawa meskipun banyak yang kita inginkan, banyak yang kita impikan, tidak semuanya kita peroleh, tidak semua menjadi nyata, malah mungkin tidak satu pun yang Allah hantarkan. Hanya insafkan sahaja, bahawa Allah Maha Mengetahui tiap sesuatu. Namun tidak salah mengharap, kerana kita tidak tahu, bilakah akan tiba yang kita dambakan. Yang penting sekali sucikan sukma sendiri bahawa Allah pastinya akan menganugerahi yang lebih baik, usah kecewa dan sesal.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Terima kasih. Ia meredakan gundah dan gelisah saya.
Anonymous said…
Saya memujuk diri sebenarnya..
Mawar said…
Sdr Anonymous
Ternyata, saya juga.