Chris bersama-sama anak-anak pengungsi |
Dalam kejar mengejar dengan tarikh akhir tugasan yang sangat panjang senarainya, semalam saya memaksa kaki tua saya ke wacana di kampus kami tentang Syria, Crisis in Syria: When Will It End. Ada yang memanggil-manggil untuk saya menyelinap masuk menyertai luar biasanya semangat orang berjuang. Saya yakini sekali, kelemahan diri (saya) boleh diampuhkan dengan kekuatan semangat orang yang berjiwa besar. Kata lainnya, saya mahu menumpang sukma juang mereka. Maka bersyukurnya saya dapat mengenali susuk istimewa ini, Chris Lau, anak muda dalam lapangan kewartawanan. Saya tidak melihat keupayaannya ke Syria (malah Afghanistan, Iran, Turki, Lebanon dan Mesir) sebagai susuk anak Cina atau barangkali warga Malaysia (Melayu atau India). Justeru saya fikir dia pergi dengan kaki kemanusiaan yang luhur. Saya percaya tidak ada yang berani ke sebarang negara petaka, seperti mahu menyerah nyawa layaknya, tapi itulah yang dilakukan Chris. Saya tidak sempat bercakap dengannya dalam acara semalam. Nanti akan saya cuba mengundangnya masuk ke dalam ruang narasi saya saja. Subhanallah, kembali menuju ke ruang kerja, saya seperti berjalan tanpa wajah. Betapa malunya saya mengenang Chris, Damsyik mahupun Aleppo. Seperti seruan Brother Sani Araby al-Kahery, enough for doing nothing!
Comments
Terima kasih atas perhatiannya.