Jarang saya menulis dua entri pada satu hari yang sama. Saya baru saja diusir pengawal keselamatan universiti yang bermisai lebat. Tolong alihkan kenderaan, untuk hari ini parkir ini tidak boleh digunakan. Saya boleh migraine! Baru mencecah jam 8.00 dan semua parkir yang tidak bertanda pentadbir sudah penuh. Parkir di bahu jalan semua dihadang tali dan kon. Allah ya Allah. Rabu memang hari mengada-ngada kampus kami apabila dinamakan sebagai hari tanpa kenderaan dengan objektif mengurangkan peratusan karbon. Saya tidak pasti akan matlamat itu. Apabila semua parkir menjadi rebutan, banyak pula ruang yang selalu boleh diletakkan kenderaan, menjadi tidak boleh. Aneh. Mencari parkir lain di ceruk mana yang boleh, membawa saya satu pusingan kampus. Maka saya melalui jalan yang selalu saya elakkan iaitu jalan kampung. Ya, jalan selepas bulatan kecil ini mengingatkan saya kepada jalan perkampungan Zahar yang jauh lebih rata dan aman. Subhanallah. Dosa saya penuh satu kereta dengan kutukan kepada yang memimpin pagi ini. Pernahkah mereka melalui jalan berlubang dan tidak rata yang sekian lama begini rupanya; apa getaran hati mereka? Allah ya Allah. Saya malu sendiri menyeka airmata geram yang berjurai-jurai.
Comments
Masih mengada-ngada sampai sekarang