Angin Tenggara
Saya percaya kali ini ia berlari dari belahan tenggara. Seperti selalu bersamanya adalah khabar. Antara meyakini dengan sangsi atau sebenarnya yang dibawa adalah perintah. Ya, sebuah dogma. Betapa manusia itu selalu berubah seraya menghantar kecewa atau saja radang gelora. Dan saya sering jatuh sakit mengenangnya. Seperti yang saya katakan kepada mahasiswa dalam kuliah siang tadi, hanya al Qur'an yang menjadi pengubat kesakitan. Hanya al Qur'an yang menuntun perasaan. Hanya al Qur'an yang rahmah. Betapa kosongnya hari berlalu tanpa dia. Saya memujuk separuh menagih, minggu hadapan dalam kuliah yang sama mahu saya tanyakan, di baris surah mana bacaan mereka berhenti. Foto ini rakaman dari nurani. Ternyata sehari dua ini saya memujuk sendiri kecewa dan radang yang datang, ya dari belahan tenggara.
|
Comments
Maaf kerana buat Dr sedih dalam kuliah siang tadi.
Terus soleh dan solehah.