Saya pernah menggelarnya sahabat Asar. Malah saya menyusupnya masuk ke dalam Narasi Tongariro dari Penjuru Disember Lalu (BH, 22 Januari 2017). Saya menulis: Menunggu,
menanti dan mengangankan dia datang walau sekejap, saya mengintai dia antara
dahan, pelepah dan daun. Ternyata dia tidak terbit juga. Penat saya menggantung
harap, antara menjengah masih dengan mahu melupakan. Kemudian saya seperti
dikirim kawat pujukan lewat azan bahawa kami saling mengerti, walau dalam
seribu sepi atau ketidakhadiran diri. Ya, kawat itu seperti jatuh melayah dari
ranting dan dahan lalu hinggap di jendela kepercayaan saya. Beberapa hari lalu, dia muncul tiba-tiba dari arah yang sama. Subhanallah. Indahnya. Saya dalam ta'ajub melihat dia dan saat itu menjelang dhuha. Tangis saya seperti dalam rangkulan yang tersayang setelah dia menghilang tahun.
Comments
Terima kasih. Benar. Saya menghimpun rindu sekian hari.
Jika benar, istimewanya saya. Syukurnya!