Ke Laut Jawi

Berlayar berbelok-belok,
Sauh dibongkar di tempat tenang;
Yang tinggal hati tak elok,
Yang pergi hati tak tenang.


Saya ingat pantun sarat tamsilan ini pernah kami gunakan dalam sebuah seminar yang dianjur. Mendoakan yang pergi, memujuk yang ditinggal. Pantun ini juga dalam mengenang nenda yang jauh di Laut Jawi. Nenda yang suka berpantun, bersyair, menyanyi dan menurut cerita lama, pernah ada hubungan dengan seorang pelakon masyhur Seri Mersing. Aduhai. Foto ke laut jawi yang pernah dititip sahabat yang punya narasi panjang tentang pantai dan gelombang. Foto yang saya rapikan kembali.






Comments

Anonymous said…
Adakakalanya pemergian itu amat singkat dan tidak terlalu jauh, namun terasa resahnya, kerana singkat itu dirasakan panjang dan dekat itu dirasakan amat jauh hanya kerana tidak berpijak di tanah yang sama. Yang pasti yang pergi juga hati tak tenang..
Mawar said…
Sdr Anonymous,
Yang ditinggal lebihlah lagi. Hanya doa dititip. Perlindungan dari-Nya adalah yang paling sakti. Insya-Allah.