Dalam keluarga kecil kami, saya mempunyai seorang sepupu yang hampir merupakan sahabat baik. Emak saya merupakan kakak kepada Abahnya. Maka sejak kecil kami bersahabat baik sehingga kini. Apatah lagi namanya Melati. Kami seperti anak kembar walau saya setahun tua daripadanya. Kami pernah mempunyai latar dan pilihan jalan hidup dan takdir yang berbeza. Namun alhamdulillah, kami tetap dan terus bersahabat.
Pohon sukma musim luruh |
Saya pernah menulis tentang Mel di sini sebelum ini. Malah Mel pernah menyusup masuk dalam cerita pendek saya. Mengapa saya bercerita lagi tentang Mel... Dulu saya akan menunggu-nunggu setiap kali mahu ke rumahnya di Toa Payoh (kemudian Yishun). Saya akan menangis setiap kali mahu meninggalkannya untuk pulang. Dan apabila kami berjauhan, saya akan mudah menangis mengenangnya. Saya percaya kami mempunyai ikatan sukma yang berkuasa. Ya, benar begitulah apabila dia mula menjadi istimewa dalam kalbu. Ketiadaannya sangat dirasa walau sekejap dan ia sangat mengharukan. Ia menerbitkan rasa sangat sendiri walau dalam riuh. Malah dalam sekejap dia berpergian, ada rasa ditinggalkan. Juga pastinya, dalam sekejap perginya, rindu yang keras sehingga membikin segalanya jadi luruh. Terima kasih kepada dia yang menitip foto pohon sukma dari sisi satu lagi.
Comments
Thank you for being such a wonderful sister, cousin and bf.
For remembering me in your heart and blogs.
For enduring my nonsense and childishness.
For the patience and confidence you have in me.
Love you my special one and always.
Mel
selamanya. Kita doakan awak terus dirahmati dan kekal di jalan yang lurus. Insya-Allah.
mungkin kita juga ada pertalian. Subhanallah.