A n A lagi.... |
Dalam rusuh seminggu ini saya menyantuni A dan A, menuju saat
perpisahan kami. Aneh apabila mengenang ada tarikh tertentu yang sudah
kita tahu, pada tanggal itu kita akan mula kehilangan. Bagaimana nanti saat saya memerlukan sahabat untuk menuang rasa apabila AM atau sesiapa sahaja di rumah ini membuat angin taufan saya berputar ligat. Perit memang. Nyeri
pasti. Sedang kasih dan
sayang kian mula saya satukan, saya terpaksa memilih jalan ini. A dan A seperti sangat mengerti mata kalbu yang saya titip setiap kali saya berdoa di hadapan mereka.
Comments