Ya, masih tentang penyerahan dan keikhlasan. Sambil mengenang A n A, saya benar-benar berada di tikungan yang aneh. Walau namanya penyerahan, saya masih terkial-kial. Sama ada benar-benar melepaskan atau ada masih berbaki perasaan mahu memiliki. Halobakah saya? Ini perihal penyerahan dan melepaskan. Saya memperhitung, memang sangat dahsyat narasi petualangan kali ini. Perihal keikhlasan menurut Imam Mawlud atau Hamza Yusuf adalah antara keperihan hati yang berhadapan dengan harapan palsu. Delusi ini menuntun saya dalam lelah dan kepungan debu ke titik yang satu: keikhlasan. Benar, sukar untuk berikhlas hati. Bagaimana menyukatnya. Bagaimana mahu menghitungnya. Dalam mencongak-congak, mata kalbu saya mengenang A n A, rindunya saya walau dia masih di sini, manalagi jika dia menghilang tahun...
Comments
Bolehkah apabila saya melihat foto yang mengiringi catatan ini dan merenungnya dengan penuh pena'akulan boleh dianggap sebagai satu semiotika? Sekadar memahami setiap kata untuk lebih mengerti.
Silakan melihatnya sebagai satu jalan semiotika. Antara tanda, antara lambang, mudah mudahan nantinya akan ada makna yang dicerap. Mudah mudahan Sdr lebih mengerti. Mudah mudahan.
Soal kehilangan dan penyerahan, saya berpegang pada pesanan2 ini:
i. Knowledge is learning something new every day. Wisdom is letting something go every day. – Zen Proverb
ii. Kesedihan manusia muncul akibat dari dua perkara: tatkala tidak mendapat apa yang diingini, dan ketika harus melepaskan apa yang disayangi. Kedua-dua perkara tersebut terhasil dari sifat nafsu yang ingin memiliki, secara seluruhnya.
Wassalam,
nb
Terima kasih.
"Life is a balance of holding on and letting go." Saya pandai tulis/cakap saja.