TSI

Sudah ada kawan-kawan yang bertanya harga. Saya mengaku saja, saya sangat malu untuk bercerita jual buku. Ikutkan hati, saya mahu hadiahkan kepada mereka yang bertanya dan berminat untuk mendapatkannya. Namun pendirian kami bertiga adalah membantu Penerbit UPM. Jadi terpaksa saya maklumkan butiran ini. Harga di kedai buku UPM adalah RM58.00. Harga kami adalah RM45.00 dan jika perlu menggunakan perkhidmatan pos adalah RM50.00. Aduhai. Boleh hubungi saya lanjut. Saya dahului dengan ungkapan ini: dengan kerendahan hati saya dan dua sahabat mengucapkan  terima kasih atas perhatian Sdr.

Comments

Anonymous said…
Tahniah setingginya kepada ketiga-tiga sahabat ilmuwan dan intelektual yang menghasil sebuah buku yang mendorong mereka yang gemar mena'akul untuk menyelami lebih dalam. Memperkaya korpus ilmu persuratan Melayu beraras tinggi. Kalau tidak universiti yang melakukaknnya, siapa lagi? Syabas.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Boleh dikira dengan jari mereka yang masih dengan kesusasteraan. Seakan-akan kesusasteraan itu sangat asing; sedang ia adalah tentang kita. Terima kasih kerana memahami. Terima kasih dukungannya.