Titipan buat Sahabat |
Mudah-mudahan Allah ampuni saya dan kekalkan saya dengan rasa cinta ini. Saya sangat percaya ia adalah kerana cahaya mukjizatnya. Ia juga kerana saya sangat didorong rasa malu setiap kali Zahar mencapai al-Qur'an lamanya, duduk di sofa merah dan asyik membaca. Saya mula merapikan al-Qur'an yang saya ada. Di atas meja kerja di rumah. Di atas meja kerja di pejabat. Di dalam kereta. Sebuah lagi versi digital dalam telefon tangan. Saya membacanya secara bersambungan dan mencatat setiap 'ain dalam kotak takwim telefon tangan. Ia membolehkan saya menyambung bacaan di mana-mana walau dalam kembara panjang. Saya sering bertanya sahabat yang rapat akan jadual bacaan mereka. Surah apa yang sedang ditekuni. Saya mahukan rasa terus mencintai al-Qur'an dengan berbuat demikian. Sekali lagi ya Allah, ampuni saya. Segala ini saya catatkan untuk saya berbahagi sama rasa mencintai al-Qur'an dengan tulus. Saya sangat memerlukan al-Qur'an kerana saya sering sakit. Saya perlukan penyembuhan. Serentak, saya mahu selalu dituntun arah dan rahmah dalam banyak perihal pelanggaran. Allah ya Allah.
Comments
Saya berbahagi untuk kita sama-sama memperbaiki jalan hidup. Kita berdepan dengan banyak pelanggaran setiap hari. Mudah-mudahan rutinitas al-Qur'an dapat menunjuk arah lurus dan serentak menyembuh kesakitan akibat pelanggaran. Insya-Allah. Terima kasih sudi singgah.