Perempuan Bulan Penuh


Dia adalah watak dalam beberapa cerpen saya akhir-akhir ini. Bermula dengan Perempuan si Pemetik Harpa. Kelmarin dia memasuki wilayah narasi saya dan melakukan pendakian di Tongariro. Dia memerihalkan petikan pada tali tipis harpa dan kerja pendakiannya adalah sebuah penyerahan. Ternyata penyerahan yang mahu diperbuat merupakan seribu jalan keasingan. Dalam kepungan debu dia melangkah dengan payah. Dia bertemu dengan detik kononnya  itulah titik yang membebaskan dirinya daripada pemilikan. Dia kononnya melihat jalan yang membentang harapan dengan jiwa baru. Namun jauh daripada nyata, dia bertanya sendiri, benar-benarkah dia berikhlas hati dalam penyerahan ini.

Comments

Anonymous said…
Perempuan si Pemetik Harpa penuh enigma. Betapa saya ingin mengenalinya.
Mawar said…
Sdr Anonymous,
Selamat menempuh jalan perkenalan itu. Mungkin sahaja ia berkeluk banyak dan hingga ke penjuru paling sulit, Sdr masih belum menemukan...kerana saya fikir PsPH sendiri masih mencari-cari siapa dia yang sebenarnya. Terima kasih.