Masjid Jami' Baitul Muttaqin, Bukit Saree, Aceh Besar |
Allah amat cemburu. Ya, jika amalan kita harus perlu berbahagi dengan yang lain, ia akan ditolak dan tempat akhirnya adalah kawah api yang menjulang. Begitulah Allah tidak mahu berbahagi akan penyerahan kita. Ustaz Tuan Syed Mohd Nazli Syed Ahmad dalam kuliah mingguan kami membacakan pantun ini,
Kolam bijih airnya tenang,
Tempat minum hidupan di rimba;
Berbuat bakti kalau dicanang,
Ibarat air bocor ditimba.
Allah ya Allah. Bagaimana mahu dibuang naluri alami berasa asyik dengan amalan sendiri yang kononnya paling cantik dan paling tulus. Ujub, sum'ah, ta'ajub, riya' dan takabur adalah perkataan-perkataan yang amat ngeri dan nyeri dalam mengejap makna keikhlasan. Kata-kata ustaz yang mungkin memujuk tangis kita adalah, jangan disimpan apabila rasa itu datang, lepaskan segera. Lalu mohon keampunan-Nya. Allah ya Allah.
Comments
Alhamdulillah syukur atas asuhan ini. Saya juga sedang belajar bersungguh-sungguh untuk melepaskan. Dipulangkan kemuliaan itu kepada Allah dan Rasulullah. Saya ini hanya debu yang berterbangan. Terima kasih sudi singgah.
Subhanallah. Mudah mudahan rindunya terjawab nanti.
Insya-Allah. Terima kasih.
T.kasih, semoga ianya dinilai ilmu yang memberi manfaat.
Wa'alaikumussalam
Insya-Allah mudah-mudahan.
Ustaz Tuan Syed Mohd Nazli Syed Ahmad adalah guru kuliah dhuha kami.