Foto yang berulang |
Tahun baru lagi. Sekian lama saya tidak meraikan tahun baru. Namun semuanya mengharap tahun baru ini lebih baik daripada sebelumnya. Ya, ikrar saban tahun dipasang, mungkin juga saban bulan atau minggu atau setiap hari kita perbaharui ikrar untuk jadi lebih baik. Sedang kenyataannya, banyak yang dilanggar. Apa agaknya pesanan al-Qur'an untuk istiqomah dalam perjalanan menjadi lebih baik sedang kita selalu mungkir. Saya menemukan Fushilat: 6: Aku ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu adalah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu tetaplah kamu beribadah kepada-Nya dan mohonlah ampunan kepada-Nya. Subhanallah. Sedang orang lain membuka kertas takwim baru, saya masih menyelak helaian Disember, apa yang saya pernah abaikan. Dengan usia lelah, menuju hari baru ini saya dengan tekad mahu tetap dalam ibadah dan pengampunan. Sedang saya ini tidak lebih daripada hanya debu yang berterbangan.
Comments
Qurratul 'Ain.
Wa'alaikumussalam. Terima kasih atas ingatan dan doa; yang sama buat QA.
Insya-Allah hingga jumpa.
Ya, banyak bacaan daripadanya.
Dia seperti sedang berada di wilayah juang yang menuntutnya jadi bertabah hati, cekal malah berani dengan tangan kecil dan kaki yang berat untuk diseret. Dalam kumal, lusuh dan lelah, dia sangat mengharap dapat menuju satu arah. Sedang dia hanya debu, dia kelihatannya seperti debu ya?