Cerpen Terkini

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Sdr Nazmi Yaakub, Editor Sastera Berita Harian atas penyiaran cerpen terbaru saya, Narasi Tongariro dari Penjuru Disember Lalu hari ini, 22 Januari 2017. Terima kasih  buat Hariaty Abu Hassan, sahabat yang mengilhamkan cerpen ini dan membaca draf awalnya. Ia ternyata sebuah dialog tentang pendakian dan jalan turun usai menuju puncak; ia dialog antara nurani tentang membebaskan pemilikan apa yang kita cinta. Subhanallah. 

Hariaty dan Tasik Biru Tongariro

Comments

Unknown said…
Assalammualaikum wbt, tahniah sekali lagi Dr Mawar. Saya sudah membacanya siang tadi. Juga saya lihat foto-foto Tasik Biru Tongariro di laman imej Google- amat biru airnya seperti permata sapphire. Ternyata landskap alam mengilhamkan kebanyakan penulis (dan Dr sendiri) - dan sudah tentu melatih mata penulis sentiasa teliti menelaah wajah alam. Saya senang membaca cerpen Dr yang baharu ini, seolah membawa saya kembali ke pantai yang damai. Semoga saya boleh menterjemahkan rasa kagum terhadap keindahan alam dalam penulisan. Benar, ya benar - saya kira kebanyakan manusia itu persis debu yang berterbangan - mengikut jejak angin. Sampai jumpa di semester hadapan, Dr, Insha-Allah.
Mawar said…
Sdr QA,
Alhamdulillah, terima kasih. Saya bersyukur jika yang saya tuliskan memberi manfaat. Mudah mudahan ia membawa kita menjadi hamba yang lebih berterima kasih. Ya, insya-Allah berjumpa lagi nanti. Terus menulis yang lebih baik.
Anonymous said…
Dr Mawar
Tahniah dan terus diberikan ilham.
Mawar said…
Sdr Anonymous
Alhamdulillah. Terima kasih. Mudah mudahan Allah memberikan kelapangan, kesihatan dan ilham. Insya-Allah.