Mesra, saya sering dipanggilnya kanda. Saya mengenali Azman Ahmad sebagai anak muda yang sangat cepat tumbuhnya dalam wilayah kami. Mengenali dia lama dulu dalam bengkel penulisan KEPEZI, saya percaya lingkungan tempat kerjanya di DBP, antara yang membantu dia tumbuh rancak. Baru hari ini saya tahu jarak umur kami tidaklah begitu jauh jurangnya. Ya, dia  kelihatan jauh lebih muda daripada usianya, 42 tahun. Dan hari ini berakhirlah angka itu. Daripada sahabat KEPEZI juga, Dil Froz, saya menerima kiriman pesanan yang mendebarkan, Azman Ahmad pulang ke Rahmatullah di Lebuhraya Duke setelah dilanggar lari. Allah ya Allah! Tak akan siapa pernah tahu apa yang akan berlaku sedetik nanti. Al Fatehah buat Azman Ahmad, adinda sahabat yang baik buat kami.


Comments

Ismad said…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarkatuh. Inna lillahi wainna ilaihi raji'uun. Kematian berlaku pada saat yang telah ditentukan. Semoga roh beliau dicucuri rahmat; semoga selamat dalam perjalanan yang jauh sehingga sampai ke dalam sebaik-baik tempat kembali, iaitu syurga Allah subhanahu wata'la.

Doktor, paparan weblog berwajah baru.
Mawar said…
Prof Ismad
wa'alaikumussalam warahmatullah.
aamiin.
ya saat yang tepat; tidak terlewat atau terawal barang sedetik pun.
dan saat kita kian hampir juga.

ya, tukar angin.
terima kasih.
Unknown said…
Lebuhraya Duke sudah menjadi Lebuhraya Duka... AlFatihah..
Mawar said…
Sdr Abd Razak,
Ya, kedukaan yang panjang...al Fatihah