Naffi Mat |
Susuknya selalu mengingatkan saya kepada almarhum senior yang satu lagi, Talib Samat. Menuju Maghrib tadi, saya menerima pesanan masuk daripada sahabat di UPSI, PM Dr Halim Ali. Sahabat kita, Dr Naffi Mat telah kembali ke Rahmatullah. Saya tahu arwah memang tidak sihat. Malah kali terakhir sewaktu kami sama-sama menjadi ahli forum di UPSI, arwah sempat bercerita tentang keuzurannya. Sudah tiba detik itu. Seperti selalu mengenang nasib sendiri, detik saya kian hampir juga. Buat saudara kami, Naffi Mat, teriring al fatihah dan doa mudah-mudahan perjalanan pulangmu ditunggu semua yang di langit. Kepulangan yang diraikan, untuk insan sebaiknya.
Comments
Terima kasih kerana berbahagi cerita.
Tentunya ia detik kenangan tercantik.
Al Fatehah buat kedua-duanya yang baik.