Pernahkah sdr bertemu dengan detik yang tepat, sdr sangat memerlukan sahabat sebagai tempat mengadu perihal merungkai kegelisahan yang menyerang dada. Namun detik yang sama itu, tiada pula sahutan yang sdr harapkan. Bunyi tulisan saya ini seperti rima syair yang penuh harapan namun tergontai-gontai, saya memujuk diri bahawa dalam banyak ketika saya harus berdiam. Sendiri. Bukankah sudah sekian banyak ketika itu yang selalu mengingatkan, bahawa sendirilah; kerana berdiam dan bersendiri itu adalah negerimu.
Comments