Minggu ini bermula kuliah semester baru. Kuliah seawal jam 8 sangat menguji mahasiswa saya untuk duduk di dewan kuliah tepat waktunya. Saya juga harus mengelak kesesakan pagi keluar ke jalan utama. Semakin banyak muncul fasa perumahan baru di sekeliling taman purba kami. Ia memberi kesan besar hatta lima minit lewat atau saya akan berhadapan dengan perlumbaan di tempat letak kereta fakulti pula. Saya selalu mahu memastikan saya berada di hadapan mahasiswa tepat jam 8. Saya berharap mahasiswa semester ini menghargai apa yang dilakukan saya setiap pagi Selasa dan Khamis untuk 14 minggu mendatang. Selamat bangun pagi!
Comments
Diana 2006/2009
Terima kasih.
Sayang sekali tidak dapat bertemu kelmarin.
Diana 2006/2009
insya-Allah.