Syawal 9
Ya, foto ini lagi. Kali ini saya melihat ia adalah tangan si murba. Dan saya segera teringat pesanan yang mengesankan ini, saat aku takut untuk memberi, aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah pemberian. Bagaimana Ramadhan lalu mengasuh kita untuk jadi tidak berkira-kira dalam memberi. Kita menjadi qana'ah, sering rasa cukup walau terus memberi. Kita mahu memberi bukan kerana memiliki, tetapi mungkin sahaja kerana kita pernah rasa kekurangan dan sebenarnya tidak ada yang kita punya.
Comments
Terima kasih kerana menghargai.
Saya sedang melihat tangan sendiri sekarang....
barangkali ada yang dapat dimanfaatkan daripada pesanan orang lama ini:
Indah bunga bakawali,
Diusik dipetik jangan;
Hati loba merangkuli,
Hati kasih melepaskan.
(Adibah Amin: As I Was Passing)
mohon maaf zahir & batin.
wassalam,
nb
(sudahkah dapat khabar tentang pulangnya Pak Cik Hassan (pengasas almanar-nuri) ke rahmatullah sekitar dua bulan nan lalu? Allahyarham adalah antara contoh terbaik insan yang paling banyak memberi - ilmu dan kasih sayang).
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Salam takziah yang dalam, tulus dari hati saya.
Terima kasih atas makluman ini.
Mohon hubungi saya di mawar.safei@ukm.edu.my untuk
saya bertanya lanjut.
Salam Syawal.
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Saya dapat khabar ini dari blog Allahyarham Pak Cik Hassan di almanar-nuri.blogspot.com yang disampaikan oleh anak Pak Cik Hassan.
wassalam,
nb
Terima kasih.
Saya sudah menitip pesan di blog almarhum. al fatehah.