Bagaimana Ramadhan lalumu? Soalan ini berdenting lagi. Dan ia harus disahut dalam bulan Syawal. Ya, bagaimana Ramadhan lalu masih bersisa dalam hati. Masihkah kita rasa sangat berbahagia untuk bangun awal dini. Masihkah banyak jalan memberi menjadi pilihan; kita berlari lari mencari yang mahu menerima infaq kita (o Allah, betapa gerunnya tiba saat tiada siapa yang mahu menerima sedekah dari tangan kita nanti). Masihkah dikekalkan solah-solah sunat, sebelum dan usai yang fardhu. Masihkah kita mahu meneruskan puasa sekurang-kurangnya dua hari dalam seminggu. Masihkah dipelihara mata, telinga dan lidah daripada yang sia-sia. Masihkan witir menutup hari kita? Bagaimana dengan al Qur'an, masihkah diteruskan baris surah usai genapnya Ramadhan. Allah ya Allah, masihkah saya berikhlas taat tanpa syarat?

Comments