Ramadhan 21

Ya, banyak yang tidak terucap sepanjang Ramadhan kali ini; walau hati sangat berdetak. Biar saya simpan atau nanti saja saya belukkan ke atas kertas. Memasuki sepuluh terakhir Ramadhan yang seperti selalu, rencam sekali getarnya. Misterius juga. Saya mengenang adab manusia (saya sebenarnya) dalam beribadah. Betapa kita banyak berkira-kira. Walau dalil  besar tentang malam-malam ganjil, bacaan saya bahawa itu seperti ujian Allah. Adakah kita memilih-milih nombor malam tertentu  untuk beribadah kepada Pencipta setiap yang ada. Adakah kita sedang bermain-main dengan-Nya. Allah ya Allah. Bukankah ibadah kita itu tanda syukur, tanda kasih, tanda hamba. Dan kita  berdoa untuk selalu berikhlas hati... 

Comments