Keindahan, apabila usai hujan, akan ada bunyi unggas di luar jendela kerja saya. Mereka mengisi rindu itu, saya percaya. |
Banyak yang hinggap dalam fikiran saya sejak musim hujan petang tiba setelah sekian masa angin kering dan hawa panas melanda. Betapa firman dan ingatan dalam al-Qur'an tentang sukatan dan ukuran cuaca yang Allah turunkan. Betapa dalam al-Mulk kita ditanya akan apakah ada yang tidak seimbang setiap apa yang Allah ciptakan. Ya Allah. Begitu perasaan kita dalam melihat manusia, antara untuk menjadi luhur, kita sering terhimpit dalam ujian keikhlasan. Sekejap kemudian kita akan terperangkap dalam beban rindu pula; aneh juga. Apa lagi yang kita rindukan apabila melihat susuk manusia selain daripada kebaikan yang datangnya seperti pati haruman. Kita mahu wanginya dibahagi sama.
Comments