Terbitan Kata-Pilar 2016
Dua buah buku baru saya/kami di PBKL2016, MAEPS, Serdang.

Terbitan DBP 2015

Comments

Unknown said…
assalamualaikum Dr Mawar. saya ada ke reruai DBP semasa sesi bertemu penulis Dr Mawar. Tetapi, belum rezeki saya jumpa Dr. Alhamdulillah, saya dapat membeli karya Dr Mawar :)
Mawar said…
Sdr Nurul Amanina
terima kasih atas dukungannya.
sangat saya hargai.
semoga dapat berjumpa nanti, insya-Allah.
Unknown said…
Assalammualaikum Dr Mawar, saya Qurratul 'Ain bt Abdul Rahim, pelajar Persuratan Melayu tahun 1 dan saya mengikuti kursus Cerpen Melayu. Saya dan ahli kumpulan menggunakan teks kumpulan cerpen "Dan Coklat Mengalir Dari Ruang Buncah" sebagai rujukan dalam esei kursus ini. Sedikit perkongsian pandangan daripada saya (dan mewakili ahli-ahli kumpulan lain) berkenaan kumpulan cerpen ini adalah kreativiti yang diperlihatkan membawa pembaca berfikir, khususnya apabila kreativiti itu disertakan fakta-fakta atau trivia. Hal ini jelas menunjukkan dalam proses mengarang cerpen, pembacaan yang beraneka genre amat perlu. Saya turut menggemari unsur-unsur subconscious mind, mimpi dan surreal yang ada, seperti dikisahkan dalam "Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah," dan "Valija, Saya Mahu Dekat Dengan-Nya" yang memaparkan sisi-sisi agak mujarad. Ini mengingatkan saya kepada satu lagi kumpulan cerpen Dr Mawar yang saya pernah baca berjudul "Narasi Gua dan Raqim" Cerpen-cerpen ini banyak membuatkan saya sebagai pelajar dan pembaca umum berfikir dan memperbanyakkan bacaan. Terima kasih atas perkongsian ilmu Dr Mawar menerusi cerpen-cerpen Dr yang memberikan kesan positif kepada saya dan juga pembaca yang lain.