Saya sudah membaca cerpen-cerpen hasil karya Puan dalam Dan Coklat Mengalir Dari Ruang Buncah. Jujur, ia adalah pertama kali saya membaca cerpen Puan sepanjang hidup saya namun begitu walaupun ia adalah kali pertama, saya dapat rasakan bahawa koleksi cerpen Puan amat menarik. Saya memilih 3 buah cerpen Puan untuk dijadikan sebagai 'kerja rumah' saya pada awal bulan 4 yang lalu. Saya menggunakan teori feminis sebagai teori utama dalam menyiapkan kerja tersebut. Sungguh mencabar kerana setiap penekanan yang Puan nyatakan dalam cerpen-cerpen tersebut agak sukar untuk dirungkai. Mungkin sebenarnya saya harus lebih banyak mengkaji cerpen-cerpen terdahulu Puan agar saya tahu dengan lebih lanjut. Bagi saya cerpen-cerpen karya Puan sangat menarik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Saya juga mengharap agar saya bisa menjadi seperti Puan kelak hari.
Assalamualaikum. Pertama sekali, saya ingin menyatakan bahawa inilah kali pertama saya mendengar judul cerpen Dan Coklat Mengalir Dari Ruang Buncah. Saya sudahpun membaca kumpulan cerpen ini. Ketika mendengar judul buku ini, saya terlintas difikiran apakah maksud disebalik nama Dan Coklat Megalir Dari Ruang Buncah. Jelas saya katakan bahawa koleksi cerpen ini adalah menarik. Dalam kumpulan cerpen ini, terdapat beberapa cerpen yang dapat saya jadikan pengajaran dan tauladan. Ketika saya membacanya, saya merasakan bingung apa yang ingin disampaikan dan ini membuat saya harus berulang kali membacanya untuk saya memahaminya. Setiap penekanan yang dinyatakan dalam cerpen-cerpen ini sukar untuk ditafsirkan. Saya seharusnya lebih banyak membaca dan mengkaji hasil karya Puan yang terdahulu agar saya mengetahui dengan lebih lanjut.
Assalamualaikum. Saya dan rakan-rakan merupakan pelajar persuratan yang mengkaji kumpulan cerpen Dan Coklat Mengalir Dari Ruang Buncah karya Puan Mawar. Pada pendapat saya, ketika pertama kali saya membaca cerpen ini, saya dapat merasakan saya ada di dalam watak- watak itu. Saya menjadi seseorang yang banyak berfikir dalam mencari makna tersirat dalam cerpen ini. Saya dan rakan-rakan menggunakan teori semiotik dalam kajian kami. Kami mendapati karya Puan banyak menggunakan perlambangan untuk menyatakan mesej dalam cerpen. Saya berharap agar saya dapat menjadi seorang penulis yang berjaya seperti Puan satu hari nanti.
Assalamualaikum kepada Prof Madya Dr. Mawar Safei, says Amir Zakiy bin Hamzah , pelajar Persuratan Melayu tahun 1, mewakili gerak kerja kumpulan saya ingin memberikan sedikit kritikan Dan pandangan kami mengenai buku yang Prof. Dr. Mawar terbitkan yang berjudul kumpulan Cerpen Dan Coklat Mengalir Dari Ruang Buncah. Kami telah membaca keseluruhan 21 buah cerpen yang Doktor nukilkan. Kami amat tertarik dengan teknik penceritaan dan gaya bahasa yang Doktor terapkan disetiap buah cerpen yang kami baca terutamanya melalui pendekatan firasat iaitu Konsep mimpi. Antara Konsep mimpi yang dapat kami temui dan analisis adalah melalui Cerpen Dan Coklat Mengalir Dari Ruang buncah, Antara Tikungan yang Aneh Dan Hadiah Hanafi.
Assalamualaikum… saya noor farhana, nur nasuha, nurul irma izziaty, amiratul adilah dan siti aisyah amilin yang memilih teori intertekstualiti telah mengkaji cerpen Dan Coklat Mengalir Dari Ruang Buncah karya Dr. Mawar Safei… daripada apa yang saya dan kawan-kawan dapat lihat penceritaan yang disampaikan lebih kepada pemikiran dan renungan penulis mengenai sesuatu yang berlaku, yang akan berlaku dan sedang berlaku. Latar dan persoalan yang digarapkan lebih kepada bentuk konvensional dan non-konvensional. Penulis juga menjadi sebahagian daripada watak yang terdapat dalam kumpulan cerpen ini. Pembaca seperti kami turut merasai watak-watak yang dibaca itu seakan-akan hidup dan bersama-sama kami. Terima kasih kerana telah menghasilkan kumpulan cerpen Dan Coklat Mengalir Dari Ruang Buncah.
Comments
Terus menulis!
Terima kasih atas perhatiannya.
Sdr Nurr Idayu
Terima kasih atas perhatiannya.
Sdr Amira
terima kasih kerana mendalami Coklat.
saya doakan kejayaan Sdr.
terima kasih atas perhatian dan penelitiannya.
sangat saya hargai.
terima kasih atas perhatian dan kajian yang dijalankan.
sangat saya hargai.